Pra-Kolej

8-11 Tahun

Pelajar GENIUS Insan terdiri daripada dua tahap, yakni Pra-Kolej dan Kolej. Pelajar Pra-Kolej adalah pelajar sekolah rendah yang terdiri daripada pelajar berumur 8 tahun hingga 11 tahun. Manakala bagi pelajar berumur 12 tahun, mereka berada di peringkat tahun penilaian untuk kemasukan tingkatan 1 di peringkat Kolej.

Mengenalpasti bakat pelajar bermula 8 -11 tahun

Fokus utama dalam program Pra-kolej yang dirancangkan ini adalah pembangunan modal insan di kalangan kanak-kanak berumur lapan (8) hingga sebelas(11) tahun yang berkebolehan tinggi atau pintar memahami, mentafsir, menghafaz dan mengaplikasi al-Quran dan al-Sunnah dalam kehidupan serta menghubungkaitkannya dengan sains, teknologi, matematik dan sebagainya serta mampu membangunkan tradisi keilmuan Islam dan mencetuskan kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi melalui kesepaduan ilmu aqli dan naqli.

Proses Pemilihan dan Saringan

Para pelajar yang memasuki GENIUS INSAN adalah pelajar-pelajar yang telah melalui beberapa proses serta saringan. Hebahan mengenai peluang kemasukan kanak-kanak pintar ke program GENIUS INSAN adalah kepada semua pelajar-pelajar sekolah-sekolah rendah agama dan kebangsaan.

Syarat Penyertaan
untuk Pra-Kolej

  • Murid beragama Islam

  • Berusia 8–11 tahun(Tahun 2 – 5) pada tahun semasa

Laluan Ujian dan PPCS

Laluan Ujian dan Mukhayyam Al-Abrar

Laluan Ujian Pemilihan Pelajar Sesi 2023

Kolej

Sekolah Menengah

Mengenalpasti bakat pelajar di peringkat sekolah menengah

Pelajar Kolej GENIUS Insan adalah pelajar yang telah melepasi beberapa tahap ujian saringan sama seperti ujian di peringkat Pra-Kolej. Ujian berbentuk IQ ini perlu di ambil ketika mereka berumur 11-12 tahun untuk ambilan Asas 1, manakala berumur 15 tahun untuk ambilan Tahap 1.

STREAM

Fokus kepada STREAM (Science, Technology, Religion, Ethics, Art, Mathematics) bersama kecenderungan serta minat yang mendalam terhadap Al-Quran dan As-Sunnah dalam kehidupan, menjadi kelebihan utama untuk pemilihan pelajar ke peringkat kolej.

Laluan Akademik

Kolej GENIUS Insan menyediakan sukatan pengisian pembangunan insan yang holistik dalam menyediakan INSAN yang terbaik dalam menjadi khalifah di muka bumi ini. Program pengkayaan pengetahuan dan kemahiran direka khas buat pelajar-pelajar Muslim yang pintar berbakat ini.

Semakan Keputusan Kemasukan Asas 1 2022

Calon boleh MENERIMA / MENOLAK tawaran dengan klik pautan etasjil dibawah
dari
10 Mac 2022 Sehingga 18 Mac 2022

etasjil

Syarat Penyertaan
untuk Kemasukan ke Kolej

  • Murid beragama Islam

  • Berusia 11-12 tahun (Tahun 6) pada tahun semasa untuk ambilan Asas 1 pada tahun berikutnya