Setelah tamat dilaksanakan Ujian Saringan 1 (UKM-1) keputusannya secara atas talian akan diumumkan. Pelajar yang berjaya melepasi Ujian saringan pertama ini secara automatik akan ditawarkan ke peringkat seterusnya, yakni Ujian Saringan 2 (UKM-2).
Keputusan ke ujian saringan kedua UKM-2 dikeluarkan secara berperingkat mengikut negeri yang telah selesai proses verifikasi dan penentuan pusat ujian. Sila semak dari masa ke semasa laman sesawang ini, kerana tarikh dan pusat ujian ada kemungkinan terdapat perubahan di saat akhir atas sebab teknikal.
Kolej Permata Insan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua anak-anak muslim yang berjaya ke peringkat seterusnya. Harapan kami, semoga dapat diteruskan momentum kegemilangan yang telah dimulakan, seterusnya berjaya terpilih sebagai pelajar PERMATA Insan kelak.
Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan pelaksanaan Ujian ini dalam mencari bakat anak-anak Muslim pintar dalam usaha melahirkan Cendekiawan Islam masa hadapan!