PELAKSANAAN UJIAN PEMILIHAN KEMASUKAN MURID KE KOLEJ GENIUS INSAN (KGI), UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM), SECARA ATAS TALIAN, SESI 2021
Kolej GENIUS Insan (KGI), USIM akan menjalankan Ujian Pemilihan Kemasukan Murid secara atas talian mulai 1 Ogos sehingga 31 Oktober 2020. Ujian pemilihan ini melibatkan sebanyak 318 calon murid berumur 12 tahun dan 44 calon murid berumur 15 tahun yang telah melepasi ujian UKM1 dan UKM2 pada tahun 2019.
Ujian pemilihan ini akan melibatkan tiga komponen penilaian yang dijalankan secara atas talian iaitu:
i. Penilaian Hafazan,
ii. Temubual Ibu Bapa,
iii. Temuduga Murid.
Senarai nama murid yang disenarai pendek dan maklumat Ujian Pemilihan Kemasukan Murid adalah seperti dipautan di bawah. Sebarang pertanyaan lanjut, sila berhubung terus kepada Penyelaras Pra Kolej dan Pencarian Bakat, Dr Ehwan Ngadi di talian 06-7980136.
